Kepada Sayyid Ali

1.
Wahai Ali, kamu dengan ku sama seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkantiada
lagi nabi selepas ku.
Pada hari ini aku berpesan kepada mu dengan satu pesanan yang jika kamu
menjaganya, kamu akan hidup mulia @ mati dalam keadaan syahid.
Allah pula akan membangkitkan kamu pada hari kiamat nanti sebagai orang yang fakih
& berilmu pengetahuan.
2. Wahai Ali, sesiapa yang makan benda yang halal, agamanya menjadi murni & hatinya
menjadi lembut. Tiada sekatan bagi doanya untuk dimakbulkan.

Sesiapa yang makan benda yang syubhah, agamanya menjadi celaru & hatinya menjadi gelap.
Sesiapa pula yang memakan benda yang haram, hatinya menjadi mati, agamanya menjadi
rendah, keyakinannya menjadi lemah.
Allah pula menyekat doanya. Ibadahnya menjadi kurang.
3. Wahai Ali, apabila Allah marah atas seseorang, Dia memberi rezeki daripada harta
yang haram. Apabila kemarahannya keatasnya bertambah, Dia menghantar syaitan sebagai
wakil dengan memujinya lalu menjadi sahabatnya.
Syaitan menyibukkannya dengan dunia daripada agama. Dia memudahkan perkara-perkara dunia
sambil berkata *Allah maha pengampun lagi maha penyayang*.

4. Wahai Ali, tiada siapa yang bermusafir mencari perkara yang haram, melainkan ia berjalan
dengan syaitan sebagai temannya, & tiadalah ia menunggang kenderaannya melainkan syaitan
sebagai penumpang.

Dan tiada sesiapa pun yang mengumpul harta yang haram melainkan syaitan yang
memakannya. Tiada sesiapa pun yang lupa membaca nama Allah ketika berjimak
melainkan syaitan turut campur dalam urusan anaknya. Demikianlah firman Allah dalam
surah Israk ayat 64 *dan turut campur dengan mereka dalam menguruskan harta benda & anak-
anak mereka, & janjikan dengan mereka dengan janji-janji mu*.
5. Wahai Ali, Allah tidak menerima sembahyang melainkan ada wuduk, tidak juga
menerima sedekah daripada benda-benda yang haram.
6. Wahai Ali, seorang mukmin sentiasa bertambah pegangan agamanya selama mana
mereka tidak makan benda yang haram.
Sesiapa yang menyisih diri daripada ulama, matilah hatinya dan menjadi buta daripada membuat
ketaatan kepada Allah yang maha tinggi.
7. Wahai Ali, sesiapa yang membaca Al Quran tetapi tidak menghalalkan benda yang halal &
tidak mengharamkan benda yang haram didalamnya, ia termasuk dari kalangan
mereka yang membuangkan kitab Allah kebelakang mereka.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: